Pusingan Akhir Liga Debat Putra 09/10

Posted 12:28 PM by KDBM@PUTRA in Labels:
Pusingan Akhir LDP 09/10 akan diadakan pada;

Tarikh: 4 Mac 2010 (Khamis)
Tempat: Dewan Putra 2, Kolej 14
Masa: 8.00 Malam


Usul Akhir LDP:
1 Malaysia & Mahasiswa : Jauh panggang dari Api

Semua peserta (walaupun bukan peserta akhir) beserta pengurus WAJIB hadir ke majlis tersebut. Setiap kolej juga dikehendaki membawa bendera kolej masing-masing yang telah dipancang dan menyediakan seorang pelajar untuk membawa bendera tersebut.

Pelajar lelaki yang membawa bendera tersebut mestilah memakai baju melayu hitam, bersamping dan bersongkok manakala sekiranya pelajar perempuan yang membawa bendera tersebut, mereka mestilah memakai baju kurung hitam dan bertudung putih.

Raptai majlis akan dimaklumkan kemudian.

Kerjasama semua amat dihargai.

Terima kasih.


0 comment(s) to... “Pusingan Akhir Liga Debat Putra 09/10”

0 comments: