Pusingan Akhir LDP 09/10 akan diadakan pada;

Tarikh: 4 Mac 2010 (Khamis)
Tempat: Dewan Putra 2, Kolej 14
Masa: 8.00 Malam


Usul Akhir LDP:
1 Malaysia & Mahasiswa : Jauh panggang dari Api

Semua peserta (walaupun bukan peserta akhir) beserta pengurus WAJIB hadir ke majlis tersebut. Setiap kolej juga dikehendaki membawa bendera kolej masing-masing yang telah dipancang dan menyediakan seorang pelajar untuk membawa bendera tersebut.

Pelajar lelaki yang membawa bendera tersebut mestilah memakai baju melayu hitam, bersamping dan bersongkok manakala sekiranya pelajar perempuan yang membawa bendera tersebut, mereka mestilah memakai baju kurung hitam dan bertudung putih.

Raptai majlis akan dimaklumkan kemudian.

Kerjasama semua amat dihargai.

Terima kasih.

Adalah dimaklumkan bahawa perlawanan akhir Liga Debat Putra 09/10 yang pada awalnya dijadualkan berlansung pada 26 Februari 2010 telah ditunda ke 4 Mac 2010.

Sekian. Harap Maklum.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat yang Maha Esa, pada 7 February 2009 (Ahad) bertempat di Kompleks Mahasiswa, telah berlansung peringkat suku dan separuh akhir LDP 09/10. Lapan buah pasukan yang berentap di peringkat suku akhir ialah K14, ASASI, K13, K16, KTDI (J), K2, KOSASS dan K12.

Daripada 8 buah pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir, 4 buah pasukan layak ke peringkat separuh akhir iaitu K14, K13, KOSASS dan KTDI.

Air mata dan teriakan kemenangan mengiringi pengumuman pasukan yang layak ke peringkat akhir.

Pasukan yang bakal beraksi di pentas akhir LDP 09/10 ialah K14 dan KTDI.

Keputusan perlawanan peringkat suku & separuh akhir. (Klik untuk paparan yang lebih besar)

Perlawanan akhir dijangka berlansung pada 26 Februari 2009 di Panggung Percubaan, UPM.

Pihak jawatankuasa penganjur dan Kelab Debat Bahasa Melayu UPM mengucapkan tahniah kepada semua pendebat dan mereka yang menjayakan LDP dari peringkat saringan hinggalah ke peringkat separuh akhir ini. Terima kasih!

Separuh Akhir 1
Iklan Memanipulasi Wanita


Separuh Akhir II
Ratu Cantik Lambang Perpaduan

Berikutan ramai pendebat yang akan berhadapan dengan ujian 1 pada sebelah petang, maka perlawanan peringkat suku dan separuh akhir akan dijalankan pada waktu malam seperti berikut;

SUKU AKHIR
Masa: 8.00 Malam
Tarikh: 7 Februari 2010
Tempat: Kompleks Mahasiswa UPM


SEPARUH AKHIR
Masa: 10.00 Malam
Tarikh: 7 Februari 2010
Tempat: Kompleks Mahasiswa UPM

Masa kuarantin akan diberikan 30 minit sebelum perlawanan berlansung. Ini bermakna pada jam 8.30 malam, perlawanan suku akhir akan bermula dan pada jam 10.30 malam perlawanan separuh akhir pula bermula.

Terima kasih.

SUKU AKHIR 1 (K14 vs ASASI):
DEB Sudah Tidak Relevan


SUKU AKHIR 2 (K13 vs K16):
Dasar Pandang Ke Timur Perlu Diberi Nafas Baru


SUKU AKHIR 3 (K2 vs KTDI J):
Ahli Politik Mengancam Perpaduan


SUKU AKHIR 4 (KOSASS vs K12):
Polarisasi Kaum di Kampus Berada di Tahap yang Membimbangkan




~Selamat Berjaya!!!~

Berikut merupakan jadual perlawanan bagi peringkat suku akhir:



Maka, berdasarkan kedudukan pasukan selepas 10 peringkat saringan, perlawanan peringkat suku akhir akan mempertemukan pasukan-pasukan berikut:




Berdasarkan PERSETUJUAN yang telah dicapai oleh pihak penganjur dan semua pendebat yang layak ke peringkat suku akhir, perlawanan peringkat suku akhir akan dilansungkan pada;

7 Februari 2010
5 petang
Kompleks Mahasiswa, UPM

Bagi pasukan yang layak ke peringkat separuh akhir, perlawanan separuh akhir akan dilansungkan pada;

7 Februari 2010
8.00 malam
Kompleks Mahasiswa



**Segala perubahan akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

KUMPULAN 1

Kolej 14

Kolej 12

KUMPULAN 2

Kolej 2

ASASI



KUMPULAN 3

Kolej 13
KTDI (J)

KUMPULAN 4
KOSASS


Kolej 16



Tahniah kepada semua pasukan yang layak ke peringkat suku akhir.
Tahniah juga kepada semua pasukan yang telah melengkapkan kesemua 10 saringan sepanjang LDP ini berlansung!
Diharapkan anda tidak berputus asa dan cuba lagi di LDP yang akan datang.



Perintis Pemikir Intelek

KUMPULAN 1
KUMPULAN 2
KUMPULAN 3
KUMPULAN 4